Miri -> Bekenu -> Miri

Tempat: Miri Sarawak
Tarikh: 26, 28, 30 November 2008
Pada cuti semester ini, aku sempat melakukan part-time job, membuat survey atau bancian. Kerja ini sangat meletihkan dengan cuaca yang panas terik. Tambahan pula, hati cepat panas pabila karenah tuan rumah yang tidak mengalu-alukan orang seperti ini. Tambahan pula, ada yang memaki hamun, melemparkan segala tuduhan negatif dan seterusnya tidak melayan walaupun aku hanya meminta secebis masa mereka. Mungkin ada yang senang, lupa diri untuk beramah mesra dengan orang seperti ini tapi ingat suatu hari kelak jika mereka ditimpa kesusahan dan mendapat layanan seperti yang aku terima.

fila - zen
Perumahan Permyjaya, Miri

Tidak lupa juga ada yang begitu bermurah hati sehingga menghidangkan air minuman. Terima kasih daun keladi. Terima kasih juga kepada pengalaman kerja ini kerana selepas saja menyelesaikan tugasan, aku dan rakan taulan sempat berjalan-jalan melihat bandar, pekan, kampung yang jarang sekali dapat dilawati ketika masih belajar ini.

rosely - zen - miji - fila
Pekan Bekenu


Esplanade Bekenu

Fila-Awis-Miji-Zen-Rosely
Di Rumah Awis, Bekenu (Photographer Adik Awis, Humaira)


Permandangan dari Esplanade Bekenu

Salah satu tempat yang sempat aku lawat ialah Bekenu. Terletak kira-kira 39 Kilometer dari Bandaraya Miri, Bekenu adalah sebuah tempat yang tenang. Ketika lawatan ini, terdapat jualan buah-buahan tempatan di sana.

Dan selepas berjalan-jalan di Bekenu, aku kembali ke Miri. Di Miri, selepas menyiapkan tugasan, aku dan rakan-rakan bersiar-siar di sekitar Miri. Walaupun, tidak sempat untuk membawa Rosely (Pelancong dari Kuching) ke semua tempat menarik di Miri atas kesuntukan masa tetapi tempat yang dilawati ini sudak cukup untuk memberi pandangan awal tentang Miri.


Marina Miri

Jika dilihat semula sejarah Miri sebagai Bandaraya Minyak, Miri tidak banyak tempat-tempat kebudayaan untuk dilawati. Walaubagaimanapun, Miri menjadi tempat yang menarik untuk dilawati jika seseorang cintakan ketenangan dan keharmonian kerana itu Miri sesuai digambarkan sebagai tempat peranginan. Bandaraya Miri terletak di persisiran pantai dan menjadi pusat bandar untuk penduduk sekitar Miri dan luar bandar Miri dari pelbagai lapisan kaum dan etnik budaya. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah Muzium Petronas, Esplanade Miri, Tanjong Lobang, Marina Miri, Gua Mulu, Gua Niah dan sebagainya.

Marina Miri


Beach Boys!


Sunset Di Marina Miri


Permandangan dari Grand Old Lady Miri (Muzium Petronas)

Dan malam hari, kita menikmati suasana malam di kedai makan sekitar Miri. Aku sekarang berasa di hadapan Mega Hotel dimana di sepanjang jalan ini terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menarik. Bukit Bintang Miri la kira nya…

Jangan lupa bersiar-siar di kawasan sekitar tempat kediaman anda kerana bak kata Astro “Half the fun is off the screen”. Hehehe…


Miri November 2008

Advertisements

7 responses to “Miri -> Bekenu -> Miri

  1. kelak la mun i keja ngn “len sabey” da la i datang bintulu.. pokai nektok, mun sik nang mk sambong journey. thanks atas invitation roha.

    hehe…ya tanda u kenak datang Miri Dhya. Lagipun, u balit hari bah ria.. Da tempat rosely sik gi tapi u gi…so even la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s