Kenak ngan aku?

Wednesday - 22 October 2008

Setiap masa sikpernah pun rilek mena2. Banyak gilak benda yang mesti disiapkan. Walauapa pun jua cara nya, mesti disiapkan… Hari tok  ada presentation k Lab Control System. I yang lom amik gik subjek tok, terkapak2 dengan ahli miak group I yang sama2 lom amik Control System… Mun lecturer tauk mekorang belom amik, apa nak reaksi nya ka. Esok ada quiz System Dynamics, submit assignment Analog Electronics and hari jumaat ada presentation k Applied Digital Signal Processing. Waduh2, Ya Allah Ya Tuhan ku..

I di”tagged” oleh Irasaila untuk siapkan “10 perkara yang aku suka”. Selamak tok, I sik pernah polah benda tok.. 10 perkara ka, 99 perkara ka or 100 perkara… Kenak perlu polah benda tok Ira? So, nangga la apa yang patut.

  1. I suka lagu yang seboleh bolehnya sikda lam carta. Sik semestinya lagu yang sik masok carta sik best…kan kan..
  2. I suka kaler biru muda tapi ada cgek jak baju kaler ya. Maybe baju sik seswai kaler ya nak?
  3. Mun rasa ktkorg suka mendengar dari klaka, I bukanla orang yang sesuai di embak klaka sebab I juak seorang pendengar yang setia.
  4. Sifat I yang suka menolong orang kadang-kadang lupak mok tolong dirik sendirik. Tambah lagik ngan orang yang disuka walaupun orang ya sik rasa papa…. :(
  5. Benda yang berseni pun I suka. Lukisan, puisi, kata-kata, ucapan, kraftangan, corak, lagu dan yang seangkatan dengannya. Tapi I cuma ada koleksi satu buku dengan poem, quotes or kata-kata di dalamnya…hadiah dari seorang teman. Kerjanya sangat berseni.
  6. Antara tempat yang I suka ialah pantai yang bersih, tanah tinggi nok boleh nangga pemandangan, hutan tua. Sangat tenang dan indah dipandangan mata.
  7. One now, One Nescafe~
  8. Suka belaja macam-macam benda. Polah circuit, programming, database, masak….tapi selalu sikda kesempatan. Achievement latest, blaja breaststroke technique.
  9. Melihat langit di waktu malam… Nei la tauk ada bidadari turun…
  10. Nok paling last, I suka diri I yang seadanya…