Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
USMAN AWANG 1979
Kepada guru-guru di Malaysia yang telah mencurah segala jasa dan bakti kepada anak bangsa, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Mulianya usaha mu… Tabahnya hati mu… Sesungguhnya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala penat lelah mu itu…
Tanpa mempersiakan usahamu,
Anak Bangsa ini….akan terus mencari erti hidup yang sebenarnya!
P/s: Terima kasih Cik Ani kerana mengingatkan aku dengan sajak Usman Awang…..